PETALING JAYA: Seorang fasilitator motivasi didakwa di Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan berkomunikasi secara seksual terhadap seorang remaja, Julai lalu.
Tertuduh, Mohd Zulkarnain Atan, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor, menurut Berita Harian.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dan berkomunikasi secara seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di dewan sebuah sekolah, di Padang Besar pada kira-kira 9 pagi, 10 Julai lalu.