KUALA LUMPUR: Ketua Pakatan Harapan (PH) Johor Aminolhuda Hassan berpendapat konsep ‘free for all’ mungkin pilihan terbaik bagi menyelesaikan kebuntuan mewujudkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
Bercakap kepada FMT, Aminolhuda berkata menerusi pendekatan itu semua parti boleh bertanding di kerusi yang dituntut, sekali gus mengelakkan polemik ‘kerjasama perpaduan’ seperti di peringkat persekutuan.
Menurut Ahli Parlimen Sri Gading itu, senario berkenaan sama seperti di Sabah yang menyaksikan parti bergabung di bawah kerajaan perpaduan persekutuan bertanding sesama sendiri pada PRN November lalu.
