MatchPoint Times

Home

Imigresen tegas tolak budaya ‘angkat tangan’ di pintu masuk negara

Cover Image for Imigresen tegas tolak budaya ‘angkat tangan’ di pintu masuk negara

Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata tiada kompromi dianggap kecil dan budaya disangka remeh itu adalah permulaan kepada rantaian ketirisan.

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen (JIM) tidak akan sesekali berkompromi dalam hal pelaksanaan tugas di pintu masuk negara termasuk sebarang amalan dikenali sebagai budaya ‘angkat tangan’ yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata berdasarkan rekod, pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi berkaitan dakwaan amalan tersebut di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand, termasuk ketika musim sibuk.

“Sekiranya terdapat pegawai imigresen dikesan terlibat dalam amalan ini, JIM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas selaras dengan peruntukan akta dan peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Tags:angkat tanganbudayaICQSimigresenZakaria Shaaban


Immigration dept ends ‘hand-raising’ culture at entry points

Immigration department director-general Zakaria Shaaban says such practices can open the door to criminal activities, including smuggling.

🟡FMT Reporters

‘Free for all’ atasi kebuntuan kerjasama PH-BN Johor, kata Aminolhuda

Ketua PH Johor Aminolhuda Hassan berkata semua parti boleh bertanding untuk ditentukan rakyat pada PRN Johor akan datang.

🟡Nora Mahpar