PETALING JAYA: Kumpulan reformasi G25 menggesa kerajaan melaksanakan langkah interim sebagai persediaan untuk memisahkan jawatan peguam negara dan pendakwa raya, termasuk mengembalikan peranan peguam cara negara sebagai pendakwa raya de facto.
G25, yang dianggotai bekas pegawai kanan perkhidmatan awam, berkata langkah interim itu dapat meredakan kebimbangan berhubung konflik kepentingan dalam mengubah tanggungjawab peguam negara.
“Satu lagi langkah interim adalah menubuhkan panel semakan bagi memantau keputusan pendakwaan,” kata kumpulan itu.