MatchPoint Times

Home

Hanya ibu bapa boleh buka akaun media sosial anak bawah 16 tahun, kata Fahmi

Cover Image for Hanya ibu bapa boleh buka akaun media sosial anak bawah 16 tahun, kata Fahmi

Menteri komunikasi berkata ia bagi lindungi golongan bawah umur daripada risiko keselamatan dalam talian termasuk ancaman pemangsa siber.

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak berumur bawah 16 tahun tidak dibenarkan membuka akaun media sosial sendiri namun akaun yang dikendali oleh ibu bapa bagi pihak anak mereka adalah dibenarkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ketetapan itu bertujuan melindungi golongan bawah umur daripada risiko keselamatan dalam talian termasuk ancaman pemangsa siber yang berpotensi menghubungi kanak-kanak menerusi pelbagai platform media sosial.

“Isu utamanya ialah siapa yang mengawal akaun tersebut… kita tidak mahu anak-anak yang mengawal akaun itu sendiri… kalau akaun itu dibuka oleh ibu bapa, sekurang-kurangnya mereka boleh tahu kalau ada individu yang tidak dikenali berhubung dengan anak mereka,” katanya pada sidang media Program Sejahtera Madani Kebajikan: Sumbangan Ihsan Kasih Ramadan.

Tags:bawah umurFahmi Fadzilkanak-kanakkeselamatan digitalMedia sosial


Wei Chong-Kai Wun, Soon Huat-Shevon win All England openers

Malaysians defeat their Taiwanese and English rivals to book their berths in the last 16.

🟡K. Parkaran

Human trafficking, migrant smuggling top list of Sosma offences

Home minister Saifuddin Nasution Ismail says 6,892 people were detained under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 between 2012 and 2025.

🟡FMT Reporters