MatchPoint Times

Home

Hempas bayi sampai bawa kematian, bapa dipenjara 16 tahun

Cover Image for Hempas bayi sampai bawa kematian, bapa dipenjara 16 tahun

Tertuduh hempas bayi dua bulan ke lantai selain merentap tangan dan menekan perut.

PETALING JAYA: Bapa yang menghempas bayi dua bulan sehingga menyebabkan kematian empat tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 16 tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Danial Iman Mohd Sharif dan memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada Julai 2022.

Dalam alasan penghakiman dikeluarkan 15 Jan, Hakim Aslam berkata dalam mana-mana kes jenayah melibatkan hukuman, kepentingan awam merupakan faktor yang dan harus diutamakan mahkamah semasa menjatuhkan hukuman.

Tags:bayihempasmahkamahpenjarasebabkan kematian


12.5% mengundi di Kinabatangan, Lamag 10.5% setakat 9 pagi

Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan 36 pusat mengundi dibuka bermula 7.30 pagi.

🟡FMT Reporters

1,700 mangsa kes ‘Tan Sri’ seleweng pelaburan, 14 akaun bank dibeku

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata semua mangsa dipercayai melabur dalam dua syarikat antara 2021 hingga 2024.

🟡FMT Reporters