PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen kerajaan menggesa pembangkang tidak mengeluarkan ‘omong kosong’ dengan memberi pelbagai alasan untuk menutup kelemahan gagal membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, setakat ini.
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, berkata pelbagai alasan diberikan sebenarnya menunjukkan pembangkang tidak berani dan cukup sokongan di Dewan Rakyat.
Menurut pemimpin DAP itu, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata usul undi tidak percaya akan bergantung kepada satu lagi usul lain manakala Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari pula cabar kerajaan membenarkan undi secara sulit.