GYEONGJU: Anwar Ibrahim berkata pendekatan seimbang Malaysia yang mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, berjaya meletakkan negara sebagai jambatan menghubungkan pelbagai blok ekonomi di rantau ini.
Langkah ini yang turut berpaksikan kerjasama serantau melalui Asean dan platform seperti Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) dilihat bertepatan dalam suasana perdagangan global yang semakin berpecah dan tidak menentu, kata perdana menteri dalam kenyataan, malam ini.
Terdahulu, Anwar yang baru sahaja tiba untuk lawatan kerja sempena Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi Apec (AELM) malam ini, menerima Laporan Tahunan Majlis Penasihat Perniagaan Apec 2025 daripada Pengerusi Abac Malaysia Ruben Emir Gnanalingam.
