PETALING JAYA: Hubungan PAS dan Bersatu dalam keadaan baik, sekali gus membuka ruang untuk menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN) bagi menyatukan orang Melayu serta Islam, kata Presiden PAS, Hadi Awang.
“Hubungan dengan Bersatu baik, dengan Umno pun masih baik. Ya, insya Allah kita nak satukan orang Melayu, orang Islam dan nak satukan orang bukan Islam yang tak ekstrem,” katanya menurut Sinar Harian selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang.
MN ditubuhkan pada September 2019 hasil kerjasama PAS dan Umno bagi menyatukan pengundi Melayu Islam.
