JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto akan menarik diri daripada Lembaga Keamanan (BoP) diketuai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump jika tidak memanfaatkan rakyat Palestin, menurut kenyataan kerajaan selepas negara itu dikritik susulan serangan AS-Israel ke atas Iran.
Bekas jeneral itu dikritik kumpulan Islam atas keputusannya menyertai BoP dan berjanji menghantar tentera pengaman ke Gaza di bawah perjanjian gencatan senjata.
Prabowo memberitahu pemimpin kumpulan Islam tempatan minggu ini, keahlian Indonesia dalam BoP bagi mencapai keamanan berkekalan di Gaza, menurut kenyataan agensi komunikasi kerajaan pada Jumaat.
