KUALA LUMPUR: Pasukan penyelamat telah mengesan isyarat kedudukan telefon bimbit seorang lelaki yang dikhuatiri lemas akibat insiden kepala air di Sungai Klang semalam, dipercayai hanyut dibawa arus dan berada di sekitar Puchong atau Shah Alam, Selangor.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Sazalee Adam berkata pasukan penyelamat masih cuba membuat pencarian di sekitar kawasan isyarat telefon berkenaan yang masih berfungsi ketika ini.
“Isyarat telefon itu ada ‘on and off’, sekejap berdering sekejap berhenti.
