PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa pengukuhan agama Islam hendaklah sentiasa menjadi teras utama dalam setiap perancangan dan pelaksanaan.
Titah baginda, Islam mengajar nilai kesederhanaan, perpaduan, toleransi serta kebijaksanaan dalam menangani perbezaan, selaras dengan keperluan masyarakat berbilang latar belakang.
Baginda bertitah, institusi agama memikul amanah besar dalam membimbing masyarakat melalui pendekatan yang berhikmah, berfakta dan berpandukan maqasid syariah, agar Islam terus difahami sebagai agama suci yang membawa rahmat, kesejahteraan dan keadilan kepada seluruh umat manusia.
