PETALING JAYA: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya tiada aktiviti tidak bermoral atau songsang di negeri itu.
Merujuk aktiviti songsang yang dibongkar dalam serbuan baru-baru ini, baginda mengakui terkejut dan berharap kegiatan seumpamanya dihentikan.
“Saya agak terkejut jugalah dengan berita dengan kegiatan seperti ini. Saya harap ini tidak berlaku di Pahang. Saya ingin beri nasihat, jauhilah perbuatan songsang ini dan saya minta juga majlis perbandaran semua inilah dan daerah semua memantau kegiatan seumpama.
