SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedang menjalankan semakan bagi menentukan status agama dua kanak-kanak lemas, selepas kenderaan dinaiki mereka menggelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, Port Dickson, Khamis lalu.
Pengarahnya, Mohd Asri Abdullah, berkata pihaknya akan menguruskan jenazah dua beradik itu selepas pengesahan status agama Islam mereka.
Beliau berkata, pihaknya menerima permohonan polis untuk semakan status agama dua kanak-kanak itu, namun tiada rekod pengislaman di Kelantan seperti dimaklumkan bapa mangsa.