PETALING JAYA: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Joachim Gunsalam, menolak dakwaan satu video tular kononnya beliau menerima RM600,000 daripada ahli perniagaan Albert Tei, dalam sebahagian skandal perlombongan di negeri itu.
Beliau berkata rakaman itu diambil di luar konteks dan mendakwa Tei mendekati satu demi satu Adun Sabah untuk mendapatkan surat sokongan bagi permohonan lesen perlombongan di bawah beberapa syarikat.
Kata Joachim, Tei mula mendekati Adun Sabah pada 2022, manakala video yang merakam pertemuan mereka dibuat pada 2024 — ketika permulaan apa yang disebut sebagai ‘Langkah Kinabalu’.