PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kesal terhadap penangguhan pelaksanaan hari rehat mingguan (HRM) bagi anggota bomba yang sepatutnya bermula 1 Mei ini.
Mendesak penangguhan itu ditarik balik, Presiden Cuepacs, Adnan Mat menyifatkan keputusan itu bukan saja mengecewakan, malah menjejaskan semangat anggota yang lama mengharapkan penambahbaikan sistem kerja.
“Anggota bomba masih terikat dengan waktu bekerja 60 jam seminggu berbanding 45 jam seperti yang ditetapkan dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Beban ini jelas tidak adil dan menjejaskan keseimbangan kerja dan kehidupan mereka,” katanya dalam kenyataan.