KUCHING: Situasi banjir Sarawak terus menunjukkan trend peningkatan apabila 41 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pagi ini, melibatkan beberapa bahagian utama di negeri itu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, memaklumkan PPS berkenaan membabitkan bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri yang kini menempatkan sebanyak 3,890 mangsa daripada 1,175 keluarga.
Jumlah itu bertambah berbanding 3,546 mangsa daripada 1,030 keluarga di 40 PPS malam tadi.
