MatchPoint Times

Home

Juruaudit, ketua integriti di semua kementerian nilai penjawat awam

Cover Image for Juruaudit, ketua integriti di semua kementerian nilai penjawat awam

Kerajaan ambil langkah proaktif pantau integriti penjawat awam.

PETALING JAYA: Kerajaan menempatkan juruaudit serta ketua integriti di setiap kementerian sebagai langkah proaktif bagi memantau dan menilai integriti penjawat awam, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Abdul Rahman Mohamad.

Abdul Rahman berkata, kerajaan memandang serius isu integriti dan ia perkara yang sentiasa dibincangkan dalam mesyuarat pasca-Jemaah Menteri agar tadbir urus yang baik terus menjadi keutamaan dalam pentadbiran negara.

“Sebab itu di setiap kementerian, kita mempunyai juruaudit dan juga ketua integriti yang menilai penjawat-penjawat awam di setiap kementerian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini, lapor Bernama.

Tags:Abdul Rahman MohamadCuepacsIntegritijuruauditKementerian Sumber Manusiaketua integritilangkah proaktiftatakelolaWTCKL


‘Sentuhan Wira’ recreates 1992 Thomas Cup magic

The sports biopic by director Lenny Ooi will recreate Malaysia’s victory in the Thomas Cup, and feature a cast of new faces.

🟡Bernama

Anwar, Trump bincang konflik Kemboja-Thailand

Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar Asean akan diadakan dalam masa terdekat bagi menilai situasi dan menyokong langkah meredakan ketegangan di rantau ini.

🟡Bernama