PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak cedera parah selepas ditikam bapa kandung dengan pisau pemotong sayur dalam kejadian di Pasir Mas, Kelantan, pagi tadi.
Polis berkata, si bapa menikam budak lelaki berusia 11 tahun itu dua kali di dada dan sekali di perut.
Ketua Polis Pasir Mas Kama Azural Mohamed berkata, mangsa sedang dirawat di Hospital Pasir Mas dan akan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk rawatan lanjut.