SINTOK: Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mengekalkan integriti sebagai nilai teras bagi memperkukuh peranan mereka dalam melahirkan warga perkhidmatan awam berakauntabiliti.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata IPT bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ilmu, malah menjadi asas pembentukan kepimpinan serta budaya beretika dalam kalangan graduan.
“Pentadbir universiti menggalas tanggungjawab besar dalam mentadbir sumber manusia, kewangan, aset dan pelbagai sumber penting lain, dan di sinilah integriti serta akauntabiliti benar-benar diuji,” katanya.
