SIPITANG: Malaysia bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna atau ‘electronic Know Your Customer’ (eKYC) bagi memastikan kanak-kanak bawah 13 tahun tidak memiliki akaun.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata langkah itu adalah bagi melindungi keselamatan kanak-kanak di alam maya serta memastikan garis panduan komuniti ditetapkan platform berkenaan benar-benar dikuat kuasa.
“Sewaktu saya bertemu dengan wakil platform media sosial bulan lalu, saya telah memberikan mesej kepada mereka bahawa di Malaysia, kita akan mewajibkan platform-platform media sosial melakukan pengesahan identiti terutama untuk memastikan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak memiliki akaun.