PETALING JAYA: Kerajaan akan membentangkan semula rang undang-undang (RUU) pindaan perlembagaan bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada 10 tahun pada sidang Parlimen Jun depan.
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata langkah itu diambil selepas cubaan sebelum ini hanya mendapat 146 undi, kurang dua daripada 148 undi diperlukan untuk mencapai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
“Kita berharap dan akan berusaha untuk memastikan Ahli-Ahli Parlimen kerajaan memberi sokongan penuh, hadir dan mengundi untuk meluluskan pindaan perlembagaan yang sangat penting ini,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.
