MatchPoint Times

Home

Kerajaan tangguh setahun lagi e-invois untuk syarikat pendapatan bawah 5 Juta

Cover Image for Kerajaan tangguh setahun lagi e-invois untuk syarikat pendapatan bawah 5 Juta

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ada syarikat masih belum bersedia kerana kos persediaan agak tinggi.

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju menangguhkan sekali lagi pelaksanaan e-invois selama setahun bagi syarikat dengan jumlah jualan tahunan antara RM1 juta hingga RM5 juta, yang sebelum ini dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Jan.

Dalam perutusan Tahun Baharunya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ada syarikat ‘masih belum bersedia kerana kos persediaan (untuk e-invois) agak tinggi’.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Jun lalu berkata Kementerian Kewangan memutuskan pelaksanaan e-invois bagi syarikat yang memperoleh pendapatan antara RM1 juta hingga RM5 juta ditangguhkan daripada 1 Julai 2025 kepada 1 Jan 2026.

Tags:cukaie-invoisLHDNPerdana MenteriPerniagaanPKStangguh


Solat asas pembinaan keadilan, keharmonian sejagat, kata PM

Anwar Ibrahim berkata solat mempunyai dimensi luas dengan kesan mendalam bukan sahaja kepada pembentukan diri individu malah melibatkan keluarga, masyarakat dan negara.

🟡Bernama

Humanoid robot to run alongside humans at 2026 Miri Marathon

A robotics firm from China is collaborating with race organisers to showcase real-world robotics capabilities and AI mobility systems with the humanoid robot.

🟡FMT Reporters