PETALING JAYA: Kerajaan sedang meneliti cadangan baharu bagi menyiapkan projek Lebuhraya MEX II yang tertangguh sekian lama, menurut Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata, Unit Kerjasama Awam Swasta di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menerima cadangan baharu daripada penerima dan pengurus pada Disember tahun lepas untuk meneruskan menyiapkan pembinaan MEX II.
Katanya, kerajaan sedang meneliti cadangan itu sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri bagi mendapatkan keputusan.
