MatchPoint Times

Home

Kerajaan teliti had umur bersara, pastikan tidak jejas keupayaan fiskal negara

Cover Image for Kerajaan teliti had umur bersara, pastikan tidak jejas keupayaan fiskal negara

Rangka Tindakan Penuaan Nasional di bawah Kementerian Ekonomi telah mengenal pasti keperluan mewujudkan dasar menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun bagi sektor awam dan swasta.

KUALA LUMPUR: Kerajaan meneliti cadangan menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun secara berperingkat, mengambil kira aspek peluang anak muda dan keupayaan fiskal negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata buat masa ini, umur persaraan kekal pada 60 tahun, sebagaimana termaktub dalam Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Akta 239).

Dr Zaliha Mustafa.

Namun menurutnya, Rangka Tindakan Penuaan Nasional di bawah Kementerian Ekonomi telah mengenal pasti keperluan mewujudkan dasar menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun bagi sektor awam dan swasta, sejajar dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan struktur penduduk negara.

Tags:60 tahun65 tahunAkta PencenDewan RakyatDr Zaliha Mustafahad umur bersaranegara menua


Ahli Parlimen PAS digantung 2 hari susulan pertikaman lidah isu Tabung Haji

Ahmad Marzuk Shaary enggan menerima jawapan terhadap soalannya berhubung penjenamaan semula institusi itu oleh syarikat bukan Islam.

🟡Minderjeet Kaur

Bekas pengetua madrasah mengaku bersalah amang seksual enam pelajar

Abdul Hadi Harun dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki.

🟡FMT Reporters