PETALING JAYA: Kerajaan meningkatkan keupayaan membanteras kehadiran ejen perisikan Israel Mossad yang didakwa menjadikan turut menjadi warga tempatan sebagai perantaraan dalam membantu misinya.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata selain mengenal pasti kumpulan terbabit, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah mengambil langkah tambahan.
“Malaysia memang ambil berat soal ini terutama setelah terbukti bukan sahaja kehadiran mereka yang turut menggunakan pasangan Melayu sama ada sebagai ejen atau pun bekerjasama dengan Mossad,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.