PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Ipoh menolak pengakuan bersalah wanita didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak pada Ogos.
Majistret Harith Mazlan membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani memaklumkan laporan daripada Hospital Bahagia Tanjung Rambutan menyatakan Nurshazwani Afni Mohamad Zorki, 41, menghidap skizofrenia dan tidak waras semasa kejadian.
“Pada masa ini, tertuduh telah diberi rawatan dan stabil. Tertuduh boleh dibicarakan dan memberikan pembelaan,” kata Nasrul pada prosiding sebutan semula, lapor Bernama.