PETALING JAYA: Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah menegaskan inkues perlu diadakan untuk mencari jawapan dan keadilan di atas kematian Zara Qairina Mahathir, bulan lalu.
Pelajar Tingkatan 1 itu dikatakan terjatuh dari tingkat tiga asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, 16 Julai lalu dan dikaitkan dengan kes buli.
Zara Qairina meninggal dunia sehari kemudiannya.