PETALING JAYA: Bekas naib presiden MCA, Ti Lian Ker akan terus bersuara menentang “kepatuhan buta tuli” kepada Barisan Nasional (BN) selepas beliau dikatakan tidak bertanggungjawab kerana mengkritik partinya baru-baru ini.
Beliau berkata, MCA perlu kekal setia kepada BN, tetapi “kesetiaan tidak bermakna berdiam diri”.
Ti yang mendesak pucuk pimpinan MCA membuat keputusan berhubung masa depannya dengan BN berkata, kesetiaan tanpa keberanian hanyalah kehambaan, yang tidak akan menang dalam pilihan raya.