PETALING JAYA: Ketua PKR Sarawak Roland Engan dilantik naib presiden, manakala Elizabeth Wong dinamakan setiausaha pengelola utama, menurut pengumuman parti itu.
Roland menyertai tiga lagi naib presiden yang dipilih pada pemilihan parti pada Mei lalu iaitu Amirudin Shari, Aminuddin Harun, Chang Lih Kang, dan R Ramanan.
Dalam kenyataan selepas mesyuarat kepimpinan, PKR turut mengesahkan pelantikan Fuziah Salleh sebagai setiausaha agung, Fahmi Fadzil (ketua penerangan), William Leong (bendahari agung), Adam Adli (pengarah komunikasi), Maszlee Malik (pengarah biro antarabangsa), dan Akmal Nasir (ketua biro ekonomi).