PUTRAJAYA: Rundingan berkaitan Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan dijangka dimuktamadkan pada Julai, menurut Kementerian Luar.
Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin berkata, terdapat 25 perenggan dalam CoC yang masih perlu diteliti sebelum melalui proses akhir.
“Orang ramai sering mengatakan Laut China Selatan antara ‘kawasan panas’, konflik dan seumpamanya. Namun, saya berpendapat, dalam konteks Asean, memandangkan Laut China Selatan adalah antara wilayah kita, kita lebih faham sifat serta situasi sebenarnya.
