PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menafikan inisiatif MyKiosk sebagai projek ‘gajah putih’ seperti dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
Kementerian itu berkata projek berkenaan merekodkan kadar pengisian yang tinggi serta memberi kesan positif terhadap pendapatan penjaja kecil di seluruh negara.
“Sehingga Julai 2025, semakan KPKT dengan semua PBT terlibat mendapati kadar pengisian MyKiosk 1.0 telah mencapai 91.75%, manakala MyKiosk 2.0 pula mencapai 86.78%.
