PETALING JAYA: Jumlah kutipan hasil cukai ke atas peranti, cecair, atau gel bernikotin dan tidak bernikotin yang digunakan dalam rokok elektronik dan vape mencapai RM288.45 juta, bagi tempoh dari tahun 2021 hingga Julai 2025.
Dalam tempoh sama, jumlah kutipan bagi rokok pula mencapai RM15.02 bilion.
“Secara keseluruhan, jumlah kutipan hasil duti/cukai bagi kedua-dua jenis produk tersebut adalah sebanyak RM15.30 bilion bagi tempoh dari 2021 sehingga Julai 2025,” menurut Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di laman Parlimen.