PETALING JAYA: Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia Aviation Group (MAG) bagi merancakkan pelancongan domestik ke Langkawi ketika di luar musim percutian di pulau itu.
Kempen Langkawi Special Deals, berlangsung dari Oktober hingga Disember tahun ini, menawarkan pakej menarik dan rebat untuk penerbangan, hotel, kawasan tarikan, membeli-belah, kedai bebas cukai serta perkhidmatan pelancongan lain.
Pengunjung juga boleh menikmati diskaun eksklusif sehingga 70% bagi produk dan perkhidmatan terpilih daripada rakan kerjasama yang menyertai kempen ini, kata Lada dalam satu kenyataan.