KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) akan menyiapkan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah jika diberikan mandat dalam PRN akan datang, kata pengerusinya Zahid Hamidi.
Presiden Umno itu turut berjanji bahawa BN akan menyelesaikan masalah air dan elektrik yang sudah lama membelenggu Sabah dalam tempoh lima tahun sekiranya diberi peluang mentadbir negeri itu.
“Dalam tempoh lima tahun, isu gangguan elektrik dan air akan selesai, insya-Allah.
