SHAH ALAM: Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda RM100 ke atas lelaki yang tular kerana membaling kon ke arah kenderaan lain di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sabtu lepas.
Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap pemandu lori K Kanapathi, 35, yang mengaku bersalah atas pertuduhan berkelakuan kurang sopan dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang warga asing.
Majistret sebelum menjatuhkan hukuman juga menasihatkan Kanapathi supaya mengawal emosi dan bertolak ansur ketika memandu pada masa hadapan.
