PETALING JAYA: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jitra hari ini atas pertuduhan membunuh abang iparnya dengan cara menetak mangsa bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Faizal Awang, 38, bagaimanapun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri, menurut Berita Harian.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Nasir Md Nayan, 45, di kawasan bendang Kampung Pida 3, Tunjang, pada 6.30 petang hingga 7 malam, 31 Okt lalu.
