PETALING JAYA: Seorang lelaki warga tempatan yang ditembak di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang, malam tadi, disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata kejadian kira-kira 11 malam itu melibatkan seorang suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan kereta dan terkena bahagian hadapan mangsa berusia 34 tahun.
”Polis menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan ada kejadian tembak di sebuah stesen minyak dalam kawasan Klang Selatan,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama.
