KOTA TINGGI: Seorang lelaki Rohingya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan termasuk membunuh isterinya yang sedang hamil, pada 13 Feb.
Rashidullah Mong Fumiyah, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Bagi pertuduhan pertama, dia yang bekerja sebagai tukang gunting rambut didakwa membunuh Fazanah Eskar, 34, pada awal pagi 13 Feb di sebuah rumah di Kampung Makam, di sini.
