PETALING JAYA: Lawyers for Liberty (LFL) menolak dakwaan campur tangan kehakiman selepas seorang bekas hakim Besar Sabah dan Sarawak berkata hakim tertinggi mendesaknya membuat keputusan memihak plaintif dalam kes perlembagaan terhadap kerajaan persekutuan.
Abdul Rahman Sebli yang bersara Khamis lalu dalam ucapan perpisahannya mendakwa, ‘seorang anggota kanan badan kehakiman’ telah menghantar emel kepadanya, mengkritik tafsirannya mengenai isu perlembagaan yang dihadapi.
Rahman berkata, kebebasan kehakiman bukan sahaja mengenai campur tangan eksekutif, tetapi juga mengenai rakan hakim sendiri dalam melaksanakan fungsi kehakiman.