PETALING JAYA: Malaysia dan Indonesia sepakat bahawa logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terus dapat diguna pakai bagi produk halal dieksport ke Indonesia tanpa perlu prosedur operasi standard baharu, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
“Malaysia juga akan mengiktiraf sijil halal Indonesia bagi produk yang dieksport ke Malaysia,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Istana Merdeka, Jakarta Pusat, hari ini.
“Ini satu pencetus perubahan yang harus kita hargai atas komitmen pemain industri apatah lagi ia mendapat pengendorsan daripada Menteri Agama Indonesia dan apabila saya mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka.”