MatchPoint Times

Home

Mangsa banjir Pahang semakin berkurangan

Cover Image for Mangsa banjir Pahang semakin berkurangan

Seramai 194 mangsa daripada 58 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan sementara setakat pagi tadi berbanding 218 orang daripada 66 keluarga semalam.

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang menunjukkan penurunan dengan 194 mangsa daripada 58 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berbanding 218 orang daripada 66 keluarga petang semalam.

Menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 129 orang daripada 35 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Kuantan manakala di Maran sebanyak 35 orang daripada enam keluarga berada di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.

Tiga PPS iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Sekolah Kebangsaan Pulau Manis dan Dewan Orang Ramai Air Hitam pula beroperasi di Pekan, menempatkan 30 mangsa daripada 17 keluarga.

Tags:BanjirInfobanjirJKMPahangPPS


Families want answers a year after South Korea’s deadliest plane crash

While official findings cited pilot error, they failed to address the concrete structure the plane struck, resulting in 178 fatalities.

🟡AFP

Tahanan rumah: PAS sokong penuh hak Najib rayu ke mahkamah lebih tinggi

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata langkah itu selaras dengan hak rayuan yang dijamin sebagai perlindungan asasi setiap individu dan wajib dihormati.

🟡FMT Reporters