MatchPoint Times

Home

Tahanan rumah: PAS sokong penuh hak Najib rayu ke mahkamah lebih tinggi

Cover Image for Tahanan rumah: PAS sokong penuh hak Najib rayu ke mahkamah lebih tinggi

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata langkah itu selaras dengan hak rayuan yang dijamin sebagai perlindungan asasi setiap individu dan wajib dihormati.

PETALING JAYA: PAS menyatakan sokongan penuh terhadap hak bekas perdana menteri Najib Razak untuk memfailkan rayuan ke mahkamah lebih tinggi susulan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang menolak permohonannya menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata langkah itu selaras dengan hak rayuan yang dijamin sebagai perlindungan asasi setiap individu dan wajib dihormati serta dilaksanakan secara bebas, adil dan tanpa prejudis.

“PAS menggesa semua cabang kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan supaya bertindak dengan berani, telus dan setia kepada prinsip Perlembagaan agar keadilan dapat ditegakkan secara konsisten, di samping memastikan kehormatan serta kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

Tags:Najib RazakPASrayuantahanan rumah


Mangsa banjir Pahang semakin berkurangan

Seramai 194 mangsa daripada 58 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan sementara setakat pagi tadi berbanding 218 orang daripada 66 keluarga semalam.

🟡Bernama

Trapped under Israeli bombardment, Gazans fear the ‘new border’

Residents said attacks have hit neighbourhoods east of the Israeli-controlled Yellow Line, a boundary set under the Israel-Hamas truce.

🟡AFP