KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus mencatatkan penurunan kepada 1,387 orang daripada 442 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 1,462 orang daripada 467 keluarga tengah hari tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Darul Ikhlas di Beaufort ditutup 12 tengah hari tadi susulan perkembangan positif keadaan banjir.
Empat PPS masih beroperasi di daerah Beaufort bagi menempatkan mangsa terjejas.
