PETALING JAYA: Bapa kepada kanak-kanak autistik berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matin, meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada isterinya kerana mengabaikan anak mereka yang meninggal dunia.
Zaim Ikhwan Zahari, 30, berkata beliau sukar menerima keputusan itu, tetapi mengakui perlu reda, sama seperti beliau menerima kenyataan mengenai kematian anaknya.
“Saya kecewa dengan keputusan hari ini. Saya mendoakan agar semua yang terlibat dalam ketidakadilan dan fitnah terhadap keluarga saya mendapat balasan Tuhan.
