PETALING JAYA: Ketua Wanita Bersatu Mas Ermieyati Samsudin meletak jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, beberapa minggu selepas mengosongkan kerusi ketua Bersatu Masjid Tanah.
Menurut beliau, keputusan berkuat kuasa semalam itu diambil bagi membolehkan Ahmad Samsuri Mokhtar yang menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PN untuk membuat penstrukturan semula.
“Surat rasmi saya akan serah kepada pengerusi PN baharu dalam masa terdekat.
