KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan MCA hari ini meluluskan resolusi menolak kerjasama dengan DAP pada PRU16 dengan alasan ideologi berbeza dua parti terbabit.
Presiden Wee Ka Siong berkata parti itu juga akan menentukan hala tuju sendiri jika mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan DAP dalam apa jua bentuk semasa pilihan raya itu.
“Jika mana-mana parti komponen BN bekerjasama dengan DAP dalam apa jua bentuk semasa pilihan raya umum akan datang, ia membuktikan semangat BN telah mati.
