PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari menyeru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar mengembalikan keyakinan rakyat terhadap bola sepak negara, susulan krisis yang sedang melanda persatuan itu.
Pada September tahun lepas, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengambil tindakan terhadap FAM selepas mendakwa persatuan itu menyerahkan dokumen palsu bagi mengesahkan kelayakan tujuh pemain warisan, kes yang kini disiasat polis.
Exco FAM meletak jawatan minggu lepas, dengan pemangku presidennya, Yusoff Mahadi menyatakan bahawa jawatankuasa tersebut mahu melindungi reputasi FAM serta mengekalkan sokongan orang ramai.
