MatchPoint Times

Home

Mesir rasmi sekat Roblox

Cover Image for Mesir rasmi sekat Roblox

Negara itu mengikuti keputusan dibuat oleh Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, dan Oman kerana berisiko kepada kanak-kanak.

ISTANBUL: Pihak berkuasa Mesir menyekat secara rasmi platform permainan dalam talian Roblox atas kebimbangan terhadap kandungan didakwa mempromosi tingkah laku berbahaya dalam kalangan kanak-kanak, lapor Anadolu Ajansi memetik akhbar tempatan.

Timbalan Ketua Majlis Tertinggi Kawal Selia Media, Essam al-Amir, berkata keputusan telah dikeluarkan menyekat permainan elektronik popular itu, yang dikenali secara meluas dalam kalangan pengguna muda sebagai Roblox.

Beliau berkata demikian semasa sesi Dewan Senat yang diadakan bagi membincangkan risiko berkaitan penggunaan telefon bimbit dan aplikasi digital oleh kanak-kanak, menurut akhbar Youm7.

Tags:kanak-kanakkeganasanRobloxtingkah laku berbahaya


Geng Sojul seludup migran tumpas, 2 ‘transporter’ ditahan

Sindiket dipercayai aktif sejak Disember lepas, bawa masuk migran secara haram melalui sempadan Kelantan.

🟡Bernama

Morning blaze razes 40 houses in Tawau village

Victims appeal to the government for alternative housing.

🟡FMT Reporters