PETALING JAYA: Seorang pelajar Tingkatan 2 maut selepas motosikal dinaiki bersama abangnya terbabas menyebabkan mangsa tercampak ke lubang pembetungan sedalam 10m dekat Jalan Bunga Tanjung, Tampin.
Ketua Polis Tampin, Amiruddien Sariman, berkata dalam kejadian 10.10 malam tadi, motosikal Yamaha Y100 yang ditunggang remaja 17 tahun bersama adiknya berusia 14 tahun dalam perjalanan dari Pekan Tampin menghala Kuala Ina, selepas mereka selesai makan malam.
Jelasnya, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh dan terus melanggar pembetung dalam pembinaan di bahu kiri jalan.
